Sunday 2 January 2022

LATIHAN INDUSTRI DI CG GLOBAL PROFASTEX MANUFACTURING SDN. BHD.

 

CG Global Profastex Manufacturing Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat elektronik yang menjalankan aktiviti pemasangan papan litar (PCB Assembly) bagi keperluan industri seperti sistem telekomunikasi, sistem teknologi maklumat, sistem pemeteran dan pelbagai lagi.

 

Pihak syarikat ingin mendapatkan pelajar latihan industri dalam bidang Elektrik, Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Industri, komputer atau bidang-bidang yang berkaitan.

 

Pelajar latihan industri akan diberi latihan dalam suasana kerja sebenar dan dipantau oleh ketua bahagian yang berpengalaman dalam membantu meningkatkan tahap prestasi pelajar. Selain itu, pelajar yang menjalani latihan industri akan diberi elaun diantara RM200.00 ke RM300.00 sepanjang tempoh menjalani latihan di syarikat mengikut kriteria selepas ditemu duga.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat boleh melayari laman web syarikat di http://www.cgglobal-cem.com atau hubungi talian 04-397 1535.

 

b.p CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd.

Anis Natasha Binti Anas Hafidz

Pembantu Pentadbiran

Lot 28, Plot 48, Mukim 1, Lorong Perusahaan 10

Entrepreneur Park Perai 

13600 Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Tel No : 04-3971535   Fax No : 04-3801535



No comments:

Post a Comment